Thursday 25 April 2013

Nekad

Susahnya hidup sebagai anak sulung .. banyak sangat dugaan na kena hadapi .. yana terus berada kat tempat belajar ni sebab mereka " Mama & Abah " .. Ya Allah keadaan keluarga yana semakin teruk dipukul ombak .. Mama menghilangkan diri .. Abah kematian idea .. Yana ( Along ) & Angah dari jauh memanjat doa disebabkan jauh dihujung dunia kerana mengajar cita-cita .. Adik masih belajar mengenali kehidupan & masih meneruskan pembelajaran di sekolah menengah ..

Tadi terima called daripada ayahanda dengan kebenaran bersetuju bagi memindahkan yana ke KSKB Johor Bharu . Ya Allah , harap-harap dapat la yana pindah walaupon sebenarnya hakikatnya susah nak berpindah sebab banyak barang .. Ya Allah makbulkan doa ku ..

Tak mampu menaip kerana sedih sangat-sangatt

Thursday 18 April 2013

Menu Diet Hari Ini.

Assalamualaikum ,, pertama sekali saya nak mintak maaf sangatII sebab tak bermaksud pon nak mencerla orang lain tentang masakan yang saya makan petang ini. Mama & abah merupakan tukang masak kedai makan kami sendiri & setiap majlis yang diadakan ..

Ya Allah , agakII mesti mama dengan abah tengok anak dia makan makanan ini :





# mak ayah mana yang sanggup tengok anak dia makan makanan ni walaupon daripada keluarga yang tak mampu.. rasanya rela mereka makan makanan lain #

Menu hari ini merupakan nasi lemak. sambal : masin & tidak berkuah. Nasi : Nasi putih & serai. hurmm selalunya tak seperti hari ini. bukan tidak bersyukur. kami bersyukur sangat dengan apa adanya , kami rela makan walaupon macam ini rupa makanannya tapi kami mohon perubahan ke atas diet yang disediakan. Ya Allah , bayangkanlah sekiranya anak anda makan makanan ini sedangkan anda seorang tukang masak. Setiap yang terjadi pasti ada hikmah & balasannya. Bukan kami student yang komplen malah pemandu pon tak sanggup tengok makanan ini.

Kami tak ada niat pon nak bagi ulasan macamII sebab kami tak lah sesempurna mana pon tapi kami harap sangat perubahan berlaku demi kepentingan semua orang. Kami tak mahu generasi student akan datang jadi serupa macam kami.

Kesudahannya makanan ini membazir dan dibuang begitu sahaja. AgakII cuba bagi anak anda makan makanan ini , mampukah dia menelannya ???

Thursday 4 April 2013

Menghitung hari

Seronok bile tengok kawanii da ad yang tersayang & dah bertunang pon ... hehehe yana xtw ag ble ,, hurmmm nta la ,, panjang umo ad jdoh ,, ad la ,, kalau xde xtw la ,, agpon pnjg ag mase ni ,, blaja pon xhabes ag ,, tahun ni abes bulan 12 ,, xsbarnye ,, skang da tinggal 1 sem je ag ,, slamat la sem ni alhamdulillah xde pape ag masalah yang timbul wt smentare ni ,, cume result tu x berape na memberansangkan ag ,,

Ada kwn yana sowg ni ckp " Ada ssetengah owg pndai sgt teori tp x balance ngn praktikal ,, ad plak teori biaseII je tp praktikal sgtII pro ,, " hurmm yana yg mn 1 ea ?? hehe mybe yg kdue kot sbb bg yana kalau kite amal & buat slalu msty ag mudah untuk jd lebih baik dpd kite hafal ,, tol kn ??? hehehe pape la ,, gudlux wt yana & kwanII smue ea ..

"Gonna getcha the scroll of life ~ Diploma in Nursing ~ "

Tuesday 2 April 2013

50 TIPS PIKAT LELAKI

50 TIPS PIKAT LELAKI



  1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
  2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
  3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
  4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
  5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
  6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
  7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
  8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
  9. Jangan terlalu mengongkong.
  10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
  11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
  12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk ‘plan’ pertama memikat dirinya.
  13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
  14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
  15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
  16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
  17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
  18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
  19. Jangan bandingkan dia dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
  20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
  21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
  22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
  23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
  24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
  25. Mengetahui bila hari lahirnya.
  26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
  27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
  28. Manja!
  29. Jangan terlalu excited ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
  30. Jangan terlalu bersikap kelakian dan ganas dalam pergaulan.
  31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan perfect
  32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
  33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
  34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
  35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
  36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
  37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
  38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
  39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
  40. Jangan bersikap terlalu kuno.
  41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
  42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
  43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
  44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
  45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
  46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
  47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
  48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
  49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
  50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!

23 TANDA LELAKI SETIA PADA CINTA


23 TANDA LELAKI SETIA PADA CINTA





  • Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.

  • Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.

  • Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

  • Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya krn perasaan cemburunya yg meluap2.

  • Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

  • Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya krn dia sentiasa berasa curiga.

  • Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.

  • Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

  • Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

  • Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

  • Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.

  • Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.

  • Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

  • Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

  • Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya krn dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.

  • Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.

  • Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.

  • Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.

  • Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

  • Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

  • Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

  • Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

  • Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.  [Special Thanks]
  • Kebenaran Disebalik Topik


    Pakcik Izinkan Saya Berzina Dengan Anak Pakcik



    Gadis : Masuk lah dulu, jumpa dengan ayah saya

    Teruna : Boleh ke?

    Gadis : Masuk je lah, saya nak siap

    Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengaluka-alukan kedatangan si Teruna.

    Teruna : Assalamualaikum.

    Bapa G : Waalaikumusalam.

    Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.

    Gadis : Mari, duduk kat kerusi

    Teruna : eh.


    Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.

    Bapa G : nak jalan kemana hari ni?

    Teruna : Bandar je cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak tau lah saya

    Bapa G : oh..

    Teruna : ??

    Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.

    Ibu G : minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?

    Teruna : ehh. Sudah cik. Terima kasih.

    Ibu G : kamu malu-malu pula dengan kami.

    Teruna : segan cik. Hehe

    Bapa G : bila kamu nak hantar rombongan?

    Ibu G : eh. Apa ayahnya ni?

    Teruna : ehh. Duit takde lagi. Hehe

    Bapa G : kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti

    Teruna : (eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit

    Bapa G : boleh takda masalah

    Teruna : pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?

    Bapa G : kalau boleh 20 ribu

    Ibu G : ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh acik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni

    Teruna : Berapa tu cik?

    Ibu G : dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 keatas pihak lelaki

    Teruna : (amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat, aduh) Tingginya acik, tak boleh rendah lagi ke?

    Bapa G : itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.


    Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.

    Teruna : nak Tanya lagi, kenapa anak acik tak pakai tudung?

    Bapa G : itu kenalah Tanya maknya

    Teruna : (ehh. Boleh pas-pas pulak dah)

    Ibu G : ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak

    Bapa G : saya kan kerja. Mana ada masa

    Teruna : (pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak Tanya lagi, anak acik pandai masak?

    Bapa G : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.

    Ibu G : apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.

    Bapa G : maknya pun sama suka bangun lambat juga.

    Ibu G : abahnya!

    Teruna : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Ehh.. acik sekarang saya da tau. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?

    Ibu G : boleh sikit-sikit kot
    Teruna : kali terakhir bila?

    Ibu G : err. Darjah 1 agaknya.

    Teruna : hmm.

    Ibu G : kenapa?

    Teruna : takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?

    Bapa G : apa motif kamu Tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.

    Teruna : kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?

    Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.

    Teruna : boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lain lah dia ni hafizah, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar. Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Keduanya senyap tanpa suara. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami. Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.

    Bapa G : tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.

    Teruna : pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?

    Ibu G : tentulah kami berdua pun turut gembira.

    Teruna : yeke? Saya sambung lagi ya. Acik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat. Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.

    Bapa G : kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.

    Teruna : ehh. Sory pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.

    Bapa G : camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!

    Teruna : lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?

    Bapa G : hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.

    Teruna : dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda nil ah pakcik. Selalu ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampai pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.

    Bapa G : apa kaitan kamu nak berzina pula

    Teruna : yalah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.

    Bapa G : hmm. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan

    Teruna : hehe. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau.
    “Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (an Nur 32). 
    Teruna :Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan. Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.

    Bapa G : kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.

    Teruna : bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.

    Bapa G : serius lah sikit.

    Teruna : betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu ha. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. insyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik.,Sory lah pakcik kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang ngan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je.

    Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi. Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.

    Ibu G : apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.

    Bapa G : hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.

    Gadis : takde mood nak pegi la ayah. Ntah,,

    Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.

    Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis

    “andai Allah telah memilih dirimu untukku,
    aku redha dan akan terus bersama mu,
    aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.” “ : )”
    “petang ni takde mood nak keluar, Sory.

    Minggu depan ayah suruh hantar rombongan.

    Kesudahannya...... :)


    Read more: http://infomedia-my.blogspot.com/2013/04/pakcik-izinkan-saya-berzina-dengan-anak.html#ixzz2PJlKJ8MO